Jemputan Ke Sesi Networking Bersama BNI Primera

KEBENARAN BAGI DATA PERIBADI & NOTIS PRIVASI

  1. Anda memberi kebenaran kepada BNI PRIMERA, KUALA LUMPUR untuk mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi anda.
  2. Data peribadi anda akan diproses oleh pihak kami atau pihak yang bertindak bagi pihak kami. Data peribadi yang dimaksudkan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel, nama syarikat, jenis bisnes dan sebarang maklumat lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda atau yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.
  3. BNI PRIMERA, KUALA LUMPUR akan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:-
    a. Untuk menjalankan pemasaran dan promosi;
    b. Untuk berkongsi maklumat dan aktiviti BNI Primera;
    c. Untuk menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan dan apa-apa tujuan lain yang berhubung dengan penyediaan dan/atau penggunaan anda terhadap produk dan/atau perkhidmatan tersebut;
    d. Untuk mengekalkan rekod dalaman;
    e. Untuk mengesahkan identiti anda;
    f. Untuk menghubungi anda;
    g. Untuk bertindak balas kepada pertanyaan anda, jika ada;
    h. Untuk mencapai apa-apa maksud lain yang, pada anggaran kami, perlu dan/atau munasabah dalam sesuatu keadaan itu.
  4. Pihak kami boleh mengumpul data peribadi anda daripada sumber-sumber berikut:-
    a. Daripada anda;
    b. Dari penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda;
    c. Dari mana-mana komunikasi anda kepada pihak kami;
    d. Dari mana-mana sumber yang ada secara terbuka; dan
    e. Dari mana-mana pihak ketiga.
  5. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda dan meminta sebarang pembetulan untuk dibuat ke atas data peribadi anda. Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permintaan untuk akses atau pembetulan kepada data peribadi anda. Untuk menggunakan hak ini, sila hubungi pihak kami dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam dokumen ini. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan hak yang tersebut di atas mungkin membawa kesan ke atas peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kesan tersebut.
  6. Pihak kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-
    a. Pihak yang pendedahan data tersebut diperuntukkan kepadanya di bawah undang-undang atau dikehendaki oleh pihak berkuasa;
    b. Syarikat yang mempunyai hubungan dengan pihak kami;
    c. Rakan-rakan perniagaan kami, ejen-ejen, pekerja-pekerja, kontraktor-kontraktor, para sub-kontraktor, pembekal-pembekal perkhidmatan, dan pembekal-pembekal produk;
    d. Para juruaudit, para perunding, para akauntan, para peguam, atau para penasihat; dan
    e. Mana-mana pihak yang kepadanya pendedahan maklumat tersebut adalah, dalam anggaran kami, perlu dan/atau munasabah dalam sesuatu keadaan itu.
  7. Anda mempunyai hak untuk menghadkan pemprosesan pihak kami terhadap data peribadi anda. Untuk menggunakan hak ini, sila hubungi pihak kami dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam dokumen ini. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan hak yang tersebut di atas mungkin mempunyai kesan ke atas peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kesan tersebut.
  8. Anda digalakkan untuk memberikan data peribadi anda kepada pihak kami kerana data peribadi anda diperlukan bagi membolehkan pihak kami menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami. Sebarang kegagalan untuk menyediakan data peribadi tersebut mungkin mempunyai kesan ke atas peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kesan tersebut.
  9. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat berikut:-
    BNI PRIMERA KUALA LUMPUR